Aku yang lemah tanpamu
Selama mata terbuka
Darimu kutemukan hidupku
Bila yang tertulis untukku
Namun takkan mudah bagiku
Bila yang tertulis untukku
Namun takkan mudah bagiku
Design By Nature is for designers to place their design ideas to be shared and commented concerning anything about design...please do so! We design our life to be better, create a good environment to our world...so designers from all over the world are welcome to create our life.. NATURALLY
berpuasa membantu seseorang menjadi lebih cantik dan sihat;
Amalan berpuasa merupakan satu cara tubuh menpertingkatkan proses penyingkiran toksin dan zarah-zarah asing dari badan dengan lebih cepat dan berkesan. Kadar detoksifikasi untuk setiap individu adalah bergantung kepada umur, kadar metabolisme, sikap, pemikiran dan jantina.
Berbukalah dengan minuman detoks seperti jus buah-buahan atau segelas air yang dicampur dengan 1 sudu makan madu asli dan 2 sudu makan jus lemon TETAPI bagi pengidap gastik kronik, elakkan jus lemon.
Di antara makanan detoks ialah celeri, pegaga. sayuran hijau, spirulina, aloevera, anggur, oren dan lobak merah.
Banyakkan minum air kosong. Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Puasa akan menyeimbangi perjalanan dan fungsi organ di samping meningkatkan imunisasi dan pembiakan sel badan. Sel badan akan bernafas, membina dan menyembuhkan dirinya.
Puasa merupakan satu kaedah terapi yang sering digunakan oleh pakar perubatan holistik kerana ia mempercepatkan proses penyembuhan.
Berpuasa membantu mengurangkan masalah sembelit, selesema, migrain, keletihan, demam dan lain-lain.
Berpuasa akan mengurangkan beban kepada sistem perkumuhan seperti usus, pankreas, hempedu dan hati.
Penyingkiran toksik akibat dari amalan berpuasa akan menjadikan sel badan berfungsi lebih cekap kesannya, kulit akan lebih gebu dan berseri.
Amalan berpuasa akan menjadikan anda awet muda kerana pemakanan berlebihan akan meyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.
Pengurangan kalori ketika berpuasa menyebabkan hati lebih efisyen untuk menukarkan glikogen kepada glukosa. Ini akan mempercepatkan pembakaran lemak. Baik untuk menurunkan berat badan.
Ketika bersahur, ambil makanan sihat seperti nasi, oats, cereal dan roti. Elakkan makanan terlalu pedas dan berempah. Elakkan juga makanan masin kerana anda akan merasa dahaga keesokan harinya .
Sesetengah orang yang berpuasa akan mengalami pening, loya, nafas berbau atau sukar tidur. Ini adalah kerana badan sedang melakukan proses detoksifikasi. Kesemua simptom tersebut merupakan "mild crisis healing" atau krisis penyembuhan. Namun hasilnya badan akan lebih sihat dan bertenaga.