Thursday, August 24, 2006

Mimpi Rasullulah

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad sawbersabda:"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan padamalam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang olehmalaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambilnyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya
itu disebabkan olehKETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yangamatmenyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANGSEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan denganberkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuatdaripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkanrantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANGKHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali diamendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglahpahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga iamerasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yangsedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akandiusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYAsambilmemimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelitadisekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, makadatanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalumengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmintetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalahSIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalumenyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara merekadengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api kemukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANAALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW,"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGANSEPOTONG AYAT"

Pedoman Untuk Suami

JANGAN KITA CURANG KEPADA ISTERI...
Isteri buat baik, suami tak balas pun...

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan, dipertemukan dan akad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...
KALAU kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengcheking "Ada duitkah suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk berinya nafkah?
Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss!!

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang di rumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor takreti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur (peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...
Satu lagi, suami kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orangmesti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargaikereta korang,PS2,handset korang dan lain-lain...

Petua untuk Suami

45 Petua Menambat Hati Isteri

1 Sentiasa berdoa agar disayangi.
2 Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3 Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
4 Berlatih untuk mendengar dengan baik.
5 Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
6 Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.
7 Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk
8 Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
9 Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dll.)
10 Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
11 Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
12 Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
13 Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
14 Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
15 Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.
16 Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
17 Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.
18 Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan
19 Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.
20 Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.
21 Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu "I love you".
22 Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.
23 Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
24 Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.
25 Tolong buang sampah tanpa disuruh.
26 Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
27 Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati.
28 Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan.
29 Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri sekali-sekala.
30 Sentiasa lakukan ibadah bersama.
31 Bila keluar out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
32 Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
33 Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan orang ain.
34 Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.
35 Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
36 Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masaalah isteri.
37 Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.
38 Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.
39 Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
40 Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.
41 Bila makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
42 Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
43 Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain semasa dikhalayak ramai.
44 Lebihkan isteri dari anak-anak.
45 Belikan hadiah-hadiah kecil dari semasa ke semasa -- minyak wangi, jamu atau seumpamanya.
46 Beri respond yang positive bila mendengar isteri bercerita.
47 Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.
48 Masuk tidur serentak dengan isteri. Jangan tunggu program TV habis baru masuk tidur.
49 Belai isteri sebelum pergi kerja.
40 Cuba ketawa bila isteri buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.
41 Ucapkan terima kasih diatas setiap khidmat yang isteri berikan.
42 Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.
43 Lakukan riadhah bersama isteri.
44 Pergi berkelah / picnic sekali-sekala.
45 Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala