Tuesday, October 17, 2006

Kenangan Terindah

Kenangan Terindah

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati..
( Begitu engkaulah; cinta sejati )

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Saturday, October 14, 2006

Pesanan Untuk Wanita

Sampaikanlah kpd para wanita...

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang
jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih
awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari
dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya
dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan
oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola
perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80
tahun ibadat.
Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.Namun
begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami
pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak
syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang
belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar
sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.Siapa
tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita
bertemu Izrail.Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan
kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya
ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong
daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana
orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,dipisahkan
dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan
kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki,
badan, etc....

Hadis nabi mengenai wanita:
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua'lam..
Ya Allah,adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.Tak
t'daya rasanya menuju ke situ lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.

_________________________________________________________________
Are you in love? Find a date on MSN Personals http://match.msn.com.my/

Kecantikan Puasa


Kajian yang telah dibuat mendapati

berpuasa membantu seseorang menjadi lebih cantik dan sihat;

Amalan berpuasa merupakan satu cara tubuh menpertingkatkan proses penyingkiran toksin dan zarah-zarah asing dari badan dengan lebih cepat dan berkesan. Kadar detoksifikasi untuk setiap individu adalah bergantung kepada umur, kadar metabolisme, sikap, pemikiran dan jantina.


Berbukalah dengan minuman detoks seperti jus buah-buahan atau segelas air yang dicampur dengan 1 sudu makan madu asli dan 2 sudu makan jus lemon TETAPI bagi pengidap gastik kronik, elakkan jus lemon.


Di antara makanan detoks ialah celeri, pegaga. sayuran hijau, spirulina, aloevera, anggur, oren dan lobak merah.


Banyakkan minum air kosong. Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Puasa akan menyeimbangi perjalanan dan fungsi organ di samping meningkatkan imunisasi dan pembiakan sel badan. Sel badan akan bernafas, membina dan menyembuhkan dirinya.
Puasa merupakan satu kaedah terapi yang sering digunakan oleh pakar perubatan holistik kerana ia mempercepatkan proses penyembuhan.


Berpuasa membantu mengurangkan masalah sembelit, selesema, migrain, keletihan, demam dan lain-lain.


Berpuasa akan mengurangkan beban kepada sistem perkumuhan seperti usus, pankreas, hempedu dan hati.


Penyingkiran toksik akibat dari amalan berpuasa akan menjadikan sel badan berfungsi lebih cekap kesannya, kulit akan lebih gebu dan berseri.


Amalan berpuasa akan menjadikan anda awet muda kerana pemakanan berlebihan akan meyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.


Pengurangan kalori ketika berpuasa menyebabkan hati lebih efisyen untuk menukarkan glikogen kepada glukosa. Ini akan mempercepatkan pembakaran lemak. Baik untuk menurunkan berat badan.


Ketika bersahur, ambil makanan sihat seperti nasi, oats, cereal dan roti. Elakkan makanan terlalu pedas dan berempah. Elakkan juga makanan masin kerana anda akan merasa dahaga keesokan harinya .


Sesetengah orang yang berpuasa akan mengalami pening, loya, nafas berbau atau sukar tidur. Ini adalah kerana badan sedang melakukan proses detoksifikasi. Kesemua simptom tersebut merupakan "mild crisis healing" atau krisis penyembuhan. Namun hasilnya badan akan lebih sihat dan bertenaga.


Selamat berpuasa kepada semua umat Islam






Hitam Putih Kehidupanku






Inilah gambar hitam putih masa aku kecil, comel kan...tak pasti siapa yang shoot gambar ni...may be bapaku...maybe makku.....tapi yang pastinya aku tahu kameranye mesti antik...:)
SEKS itu sihat..Jika rasa tertekan ,
cuba amalkan SEKS..
Nak tahu cara terbaik nikmati SEKS?
  • S-Selalu Solat
  • E-Elak Maksiat
  • K-Keimanan di Jaga
  • S-Selawat dan Sedekah

Senang kan?
cubalah! Insyaallah

'JANGAN'

  1. Jangan, jangan dan jangan

  2. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

  3. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

  4. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

  5. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

  6. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

  7. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

  8. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

  9. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

  10. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

  11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

  12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

  14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

  16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

  17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

  20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

  21. Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !! Wasalam

    "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

    "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

    (Surah Al-Ahzab:71) __._,_.___





5 Cara Pilih Sahabat

Nasihat al-Qamah:
Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimanapesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama,pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalahhiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia sukamencukupi keperluan.
Kedua,pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganuntuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasaterharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia sukamenghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga,pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganuntuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasaterharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenaikeburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatudaripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamudulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapandan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakansesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkauberselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agarsegala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakanbersama-sama sahabat yang mulia.Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah denganberzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatanRabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadisLAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -